Education Games Abcya (E-Learning)

4 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu Education Games ABCYA. Kelas tersebut dihadiri oleh 2 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menguasai semua subjek menggunakan ABCYA terutama Bahasa Inggeris dan Matematik. Selain itu juga, laman sesawang ABCYA berfungsi untuk melatih para peserta dalam mengulangkaji pelajaran dengan lebih mudah dan lebih mencabar minda mereka. Seterusnya, platform tersebut merupakan game yang sangat menyeronokkan untuk belajar kerana mempunyai pelbagai jenis soalan-soalan yang menarik. Dengan adanya games ABCYA tersebut, mereka dapat belajar dengan mudah dan dapat mengulangkaji pelajaran dalam subjek tertentu. Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai peserta yang akan menghadiri kelas-kelas di NADI Batang Maro.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali